Info Ringkas Pelaburan Dinar Iraq

Pelaburan Dinar Iraq adalah pelaburan SAH di sisi undang-undang & syara'. Pelaburan ini adalah berlandaskan kepada pertukaran wang dan ia akan memberikan pulangan 500 peratus kepada mereka yang bersabar dan faham akan jenis pelaburan ini. Sama macam mereka yang melabur dalam matawang Dinar Kuwait & Afghanistan lalu, maka pelaburan Dinar Iraq adalah yang terbaik buat masa kini. Beli, simpan dan jual semasa diapungkan (RV) nanti, insyaALLAH kita akan menjadi jutawan dalam sekelip mata

Aset Iraq Terus Dijaga, Chapter Seven Makin Hampir Untuk Dilepaskan



Dana atau Bon merupakan satu simpanan atau aset bagi sesebuah negara yang disimpan untuk kegunaan sesebuah negara itu terutamanya dalam pembangunan ekonomi mereka. Dana ini kebiasaanya di simpan di luar negara bagi mengelakkan risiko kecairan mengejut (kehilangan dan unsur penyelewengan) atau isu-isu keselamatan yang lain. 

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa selepas perang di Iraq pada tahun 2003, Dua Dana kerajaan Iraq telah diwujudkan di luar negara. Ianya ditubuhkan oleh  pengarah Coalition Provisional Authority (CPA) yang diiktiraf, sebelum diambil alih oleh Resolusi Majlis Keselamatan PBB (resolusi 1483) selepas pembubaran CPA pada bulan Jun 2004.

Dana yang dikenali sebagai Wang Pembangunan Untuk Iraq (Development Fund for Iraq (DFI) dan Dana Bank Negara Iraq itu diwujudkan oleh kerajaan Iraq bagi pembinaan semula negara Iraq dan dana itu disimpan di Amerika Syarikat. Dana Iraq telah dilindungi sepenuhnya oleh US dalam erti kata yang sebenar.

Dan baru-baru ini, dana itu telah tamat tempoh matangnya dan Iraq perlu mengeluarkan dana itu daripada disimpan di US. Tetapi dengan keyakinan US terhadap Iraq (terutamanya soal matawang IQD), maka Presiden Barack Obama telah mengeluarkan arahan Presiden untuk melanjutkan imuniti dana Iraq bagi mengelakkan kecairan dan telah menyeru kepada Iraq dan pihak berkaitan untuk segerakan peningkatan ekonomi Iraq (dalam erti kata percepatkan RV) untuk membolehkan dana itu diagihkan kembali kepada Iraq. Nampak jelas keyakinan US kepada ekonomi Iraq yang secara tersembunyinya adalah keyakinan mereka terhadap kenaikan matawang Dinar. Sebab mereka merupakan penyimpan terbesar IQD di dunia. Sudah pasti setiap bentuk tindakan dan keyakinan berdasarkan apa yang mereka miliki (IQD) itu sendiri.

Isu Chpater Seven

Isu C7 semakin menampakkan riak-riak positif untuk digugurkan daripada Iraq tak lama lagi. Terbaru usaha sebuah negara kuasa veto, Perancis melalui dutanya di Kuwait menyatakan sokongan terbuka untuk Iraq keluar daripada C7. Sebenanrnya Kuwait telah bersetuju secara prinsip bahawa Iraq boleh dikeluarkan dari C7. Cuma secara rasminya belum diputuskan lagi. 


Kerajaan Iraq telah membayar USD 41 bilion setakat ini kepada Kuwait, dan baki hanya tinggal dalam USD 11 Bilion sahaja. Sekiranya Iraq membuat keputusan untuk membayar jumlah baki sekaligus (dan Iraq mampu membuatnya), ia akan segera keluar sepenuhnya dari Chapter Seven. Nampak dari riak-riak Iraq, mereka mahu membayarnya secara penuh. Sebab itulah Menteri luar Iraq, Hoshayar Zebari dengan yakin berkata bahawa Iraq sedang kira-kira untuk menamatkan status C7 selepas mencapai perjanjian dengan Kuwait untuk menyelesaikan isu-isu yang belum selesai. Bahkan untuk percepatkan lagi usaha itu, pemindahan fail daripada C7 ke Chapter Six (C6) akan dibuat oleh Majlis Keselamatan PBB pada 27 Jun ini. Pemindahan dari C7 ke C6 ke atas Iraq sebenarnya telah diakui oleh  Britain, anggota kuasa veto dalam Majlis Keselamatan PBB. Bahkan Kuwait sendiri menghantar surat kepada Majlis Keselamatan PBB pada 30 Mei dengan menyatakan kesedian mereka menerima kewajipan Iraq daripada C7 ke C6. 


C6 ini lebih mudah penyelesaiannya berbanding C7 kerana ianya libatkan hubungan diplomatik dan bukannya hubungan keselamatan negara jiran. Jika C6, sekatan ke atas Iraq oleh Majlis Keselamtan PBB boleh digugurkan bila-bila masa sahaja kerana penyelesaian konflik dua buah negara boleh diselesaikan secara undang-undang antarabangsa dan timbang tara serta persetujuan kedua-dua negara. Berbanding C7 yang lebih ketat kerana libatkan tindakan melalui ketenteraan untuk kembalikan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Contoh macam isu kepulauan Spratly yang kaya dengan minyak, jika berlaku kekecohan antara negara-negara yang menuntut pulau itu (seperti China, Filipina, Taiwan, Malaysia, Indonesia adan Brunei), maka Majlis Keselamatan PBB akan mengenakan sekatan C6 sahaja, bukannya C7 kerana ianya libatkan isu tuntutan, bukannya perang antara negara. 

Ramai sudah berkira-kira bahawa C7 bakal digugurkan pada 27 Jun ini. Ya memang penghalang besar kenaikkan IQD adalah C7. Jika digugurkan atau Iraq dipindahkan ke C6, maka gegak gempita dunia nanti. RV sudah pasti akan berlaku dan sesiapa yang menyimpan IQD, mereka orang paling bahagia di kala itu. Sudah pasti kita akan sujud syukur ketika itu mengenangkan rezeki yang maha hebat daripada sang pencipta langit dan bumi ini. Inilah kenikmatan yang agung selepas penantian dan kesabaran yang kita berikan sebelum ini. Jelas ianya adalah titik permulaan untuk kita mengubah menjadi orang yang terhebat dan terbaik berbanding orang lain (yang tidak menyimpan IQD). Sabar dan tawakal, punca rezeki yang akan datang tanpa disangka-disangka, insyaALLAH

* Kepada para pembaca setia blog ini, saya minta jasa baik kalian untuk mendoakan kesihatan ayah saya yang masih di ICU. Sudah hampir 2 minggu beliau masih tak sedarkan diri. Segala doa kalian saya ucapkan jutaan terima kasih, insyaALLAH.

Teori RV Dahulu Sebelum RD...Dan Bukannya LOP


Banyak pertanyaan daripada pemegang dinar daripada saya berkaitan dengan penguguran sifar dalam matawang Iraq. Setelah diteliti dan bertanyakan sumber yang sahih dan direct daripada Iraq, jelas bahawa kerajaan Iraq ingin membuat matawang baru. Ianya dinamakan sebagai proses redominasi atau singkatannya, RD.

RD adalah proses biasa dalam matawang. Ianya hanya libatkan urusan teknikal berkaitan matawang dan tidak libatkan proses nilai matawang itu sendiri. Negara kita pernah melakukan RD pada tahun 1998 apabila matawang RM 1000 ditukarkan kepada RM 100. Sebab ketika itu, inflasi melonjak tinggi dan elakkan pemborosan di kalangan rakyat.

Samalah macam Iraq, mereka ingin tukarkan note kerana ingin senangkan urusan urus niaga, menaikkan kuasa beli IQD, mengurangkan inflasi serta menaikkan kadar pertukaran matawang itu sendiri. 

Antara masalah mereka untuk lakukan proses RD adalah menarik balik matawang itu. Dan banyak cadangan dan mungkin ini praktikal, adalah menaikkan nilai matawang (RV) dan pada masa yang sama, menarik balik matawang-matawang sekarang untuk ditukarkan kepada yang baru. Sepertimana pengumuman  Jawatankuasa Kewangan Parlimen Iraq baru-baru ini yang menyatakan bahawa kenaikkan matawang Iraq (RV) boleh dilakukan jika proses matawang baru dilaksanakan oleh Bank Negara Iraq.

RD atau mungkin jenis nota baru dikeluarkan dan pada masa yang sama, note lama dikekalkan dalah jangkaan ramai pihak (macam pengeluaran RM 20  duit kita) a. Langsung mereka tidak menyebut tentang LOP. Dan LOP takkan berlaku di Iraq. Tiadanya hyper inflasi di sana. Sekarang inflasi di sana amatlah terkawal (hanya 7 peratus sahaja berbanding di Eropah, 30 peratus ketika ini).  Lagipun Iraq mahu jadikan IQD sebagai matawang rizab antarabangsa dan matawang terkuat di Timur Tengah, maka mereka tidak boleh menurunkan nilai note dalam rizab (25,000) kerana ia digunakan untuk edaran sebagai pembayaran, atau didagangkan di seluruh dunia. Juga yang pasti bahawa di Iraq ketika ini, note paling kecil adalah 50 dinar. Jika LOP berlaku, sudah pasti 50 akan jadi 0.0050. Mana ada matawang yang berjumlah note 0.0050. Yang ada hanya 0.05 sen sahaja. 
Jadi LOP takkan berlaku dan ini ditegaskan lagi oleh CBI bahawa 'note-note baru dan lama akan wujud bersama-sama dan proses (delete 3 zero) tidak akan merubah nilai matawang dinar. Maksudnya jika LOP, sudah pasti nilai matawang juga akan berubah. Dan secara kesimpulannya, proses RD dan RV yang akan berlaku, bukannya LOP.

Dan bagi kita di Malaysia, tak perlulah tukar matawang baru. Teruslah tukar dengan nilaian semasa kerana sudah pasti jika RV berlaku dahulu, maka pedulikanlah note baru. Saya akan uruskan semua pemegang dinar daripada saya termasuklah soal RV. sebab kita dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan tentang itu.

Apa yang penting adalah pegang dulu IQD sekarang. Sebab kalau RV dan RD berlaku serentak, maka kitalah orang paling beruntung di dunia ini. Kalau tak, kita memang boleh tukar note baru, tapi dengan nilai yang tinggi. Maka meloponglah untuk merasa RV kalau note IQD tidak disimpan.

Sekarang ni pun perkembangan di sana amatlah menarik. Tarikh pengumuman RV mungkin boleh berlaku bila-bila masa dari sekarang. Chapter Seven sudah semakin hampir digugurkan daripada Iraq. Bank-bank luar sekarang berlumba-lumba masuk ke dalam Iraq. Banyak sektor ekonomi di Iraq seperti pelancongan sedang giat dipulihkan di Iraq. Pelabur asing pula tidak takut melakukan pelaburan langsung asing (FDI)  dengan jumlah besar di Iraq. Penambahan rizab antarabangsa Iraq, peningkatan pengeluaran minyak dan gas serta penerokaan industri baru di Iraq sedang rancak dilakukan. Jadi tunggu masa dari sekarang. Naik je IQD, anda (pelanggan saya) akan menjadi orang terawal akan ketahuinya..

Hasil Mashyul Iraq Berjumlah Trilion Dollar... C7 Semakin Hampir Digugurkan..

 
PM Iraq, Nuri Al Maliki dalam satu temu bual dengan akhbar "Al-Ahram" terbitan Mesir menyatakan bahawa masalah penandaan sempadan antara Iraq dan Kuwait telah siap dilaksanakan. Berita ini sudah pasti menggembirakan kita semua kerana masalah Chapter Seven nampaknya pasti akan diselesaikan tak lama lagi. Isu hutang,  nasib tahanan Kuwait dan orang hilang serta pampasan telah lama diselesaikan oleh kerajaan Iraq. Cuma isu sempadan terutamanya sempadan maritim melibatkan Pelabuhan Mubarak yang masih dalam perbincangan antara kedua-dua negara tersebut. 
 

Di peringkat Kuwait, mereka sebenarnya mengalukan-alukan penyelesaian secara tuntas dengan Iraq. Menurut Duta baru kuwait ke Iraq, Ali Al Mo’aman menyatakan keinginan negara itu untuk mengeluarkan Iraq dari Chapter Seven, serta menekankan langkah-langkah agresif untuk selesaikan isu tertunggak antara kedua-dua negara. 

Dan pada bulan ini, satu mesyuarat jawatankuasa bersama Iraq dan Kuwait akan diadakan di Kuwait City untuk penyelesaian isu-isu tertunggak antara kedua-dua negara. Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah dijangka akan melawat Baghdad pada bulan ini bagi percepatkan lagi urusan penyelesaian antara kedau-dua negara. 

Ini satu langkah yang baik dan dialu-alukan untuk kedua-dua negara tersebut. Bahkan ada sumber dari kerajaan Iraq menyatakan  kesediaan pihak Iraq untuk memohon resolusi antarabangsa untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan Kuwait. Ini perkembangan yang positif dan pada pengamatan saya, isu ini akan diselesaikan secepat mungkin. Iraq bila-bila masa sahaja boleh digugurkan daripada sekatan Chapter Seven PBB. Kalau ini berlaku, sudah pasti ekonomi Iraq akan melonjak naik, dan matawang mereka akan diapungkan ke paras normal semula (yakni RV) selepas ini. Inilah yang bakal berlaku dan diharapkan oleh kerajaan serta rakyat Iraq sendiri.

Dari sudut kekayaan negara Iraq pula, hasil penemuan baru telaga minyak terus meningkat setiap hari. Menteri Minyak Iraq, Abdul Karim Luaibi semalam telah mengumumkan peningkatan dalam rizab minyak Iraq sehingga 150 bilion tong. Menurutnya bahawa  Rizab minyak Iraq meningkat dari 143 bilion tong kepada lebih daripada 150 bilion tong, sebagai hasil daripada penemuan baru dan ia adalah dijangka akan meningkat lagi. Bayangkan hasil masyhul negara Iraq. Hasil pendapatan bersih mereka sahaja daripada minyak kalau 1 tong berharga 100 usd, mereka akan mendapat pulangan dalam 15 trilion USD. Cukup untuk hidup berkurun abad lamanya. Itu minyak yang ditemui. Kalau yang belum ditemui lagi? Banyak dan sebab itulah Iraq mampu untuk naikkan matawang mereka. Kerana hasil muka bumi mereka amatlah banyak dan mampu untuk membuat pusingan matawang jika mereka RV nanti. Itu belum termasuk dengan hasil gas dan emas yang dikatakan negara terbesar memiliki gas dan emas di dunia. 

Sebab itulah kekayaan Iraq amatlah melimpah ruah. Hinggakan ada analisis bahawa Iraq akan mencabar dua kuasa ekonomi dunian ketika ini, China dan Brazil. Serta mereka sekarang sudah diuar-uarkan kuasa ekonomi baru di timur tengah. Ini hakikat dan kita akan lihat tak lama lagi, Iraq akan membangun sama seperti negara-negara jiran mereka, terutamanya Jordan, Bahrain dan Qatar.
 

Isu penguguran 3 sifar sedang hangat diperkatakan ketika ini. Kita tunggu dan lihat. Kalau redenominasi (RD), syarikat kami akan lakukan pertukarannya (untuk pelanggan kami sahaja). Jika revualasi (RV), kami akan terus tukarkannya nanti. Ianya isu yang memang kami bersedia hadapinya. Selagi duit itu sah serta tulen dan tiadanya unsur penggubahan wang haram. InsyaALLAH urusan yang kami jalankan adalah mudah dan selamat serta menyakinkan..

Rizab Antarabangsa Iraq Hampir Sama Nilai Dengan Kita

Mungkin ramai yang tak tahu, bahawa setiap negara mempunyai Rizab antarabangsa (international reserves) untuk tabungan dan simpanan mereka di masa hadapan. Rizab atau simpanan negara ini adalah dalam bentuk matawang asing, emas, bon, deposit dengan intitusi kewangan, pinjaman dan pendahuluan, serta aset-aset untuk negara tersebut misalnya bangunan dan hartanah di negara luar.
 
Pengukur kejayaan ekonomi dan kekuatan matawang mereka adalah sepenuhnya bergan tung kepada Rizab antarabangsa mereka. Negara paling banyak memiliki rizab antarabangsa di dunia ketika ini adalah China. Iaitu sebanyak 3.549 trilion USD atau kira-kira 10.72 trilion duit kita. Bayangkan betapa besarnya rizab matawang mereka dan sebab itulah negara China merupakan kuasa besar ekonomi dunia ketika ini.

Bagi negara kita, Bank Negara Malaysia dalam laporannya semalam menyatakan bahawa Rizab antarabangsa kita adalah berjumlah RM 431.3 bilion (bersamaan denganUSD139.7 bilion) pada 29 Mac 2013.  Paras rizab ini sebenarnya memadai untuk membiayai 9.7 bulan import tertangguh dan 4.6 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Bagi Iraq pula, Rizab antarabangsa mereka adalah di paras 110 bilion USD atau bersamaan dengan RM 332.5 bilion duit kita. Banyak dan hampir menyamai negara kita walaupun Iraq dilanda perang 10 tahun lalu. Ini yang menjadi indikator sebenar pembangunan ekonomi Iraq. Jika tahun 2012, hanya 70 bilion USD sahaja, tetapi ianya telah meningkat kepada 110 bilion USD dan dijangka akan meningkat lagi, selari dengan perkembangan ekonomi mereka terutama pengeluaran minyak yang dijangka menceah 7 juta tong satu hari dalam masa terdekat.

Jadi apa yang nak dirisaukan sekiranya RV. Ianya akan menambahkan lagi rizab antarabangsa Iraq dan juga keuntungan buat negara mereka. Mereka sebenarnya yang inginkan kenaikkan matawang mereka. Bukan kita sahaja. Semakin banyak rizab antarabangsa Iraq, semakin cepatlah kita menuai hasilnya kelak, insyaALLAH.

* Sudah lama saya tidak kemaskini blog ini, kerana saya lebih fokus kepada pelanggan saya sahaja. Banyak berita-berita sebelum ini  saya salurkan di sini yang hanya untuk pemegang dinar daripada saya sahaja -(kelab jutawan dinar iraq official).

Saya cuba untuk menulis sikit-sikit di sini. Untuk elakkan kekeliruan orang ramai berkaitan dengan beberapa isu. Isu yang paling besar adalah perlu ke Bank Iraq untuk tukar denomasi IQD dan perlu cop jari. (Ada sebuah blog yang tulis). Lawak ke der??? Perlu ke bawa berkarung guni ke Bank Iraq untuk tukar note jika Iraq buat note baru? Apa di Iraq tiada money changer dan kedai untuk tukar wang. Ini semua cerita lawak antarabangsa yang tak masuk akal. Kalau nak bercakap, kena perdalamkan ilmu matawang dahulu. Jangan semberono tulis. Nanti huru-hara masyarakat.

Semua jenis matawang yang sah dan tulen, tak perlu tukar di bank dan cop jari jika note baru dikeluarkan. Ini sifirnya. Dan tiada negara akan buat begitu. Hatta di negara kita pun, masa tukar note RM 1000 dan RM 500 dahulu, mana ada orang tekan cop jari untuk tukar matawang. Lainlah kalau mengundi. Tak payah tengok jauh, duit RM 20 dikeluarkan, ada ke cop jari bila kita ingin tukarkannya. Bayangkan kalau matawang dalam edaran di negara kita yang berjumlah 70,373,821,214 atau 70 bilion Ringgit ingin ditukar, tak ke jenuh nak kena beratur untuk cop jari. (takkan nak tukar rm 1 pun kena beratur untuk cop jari?). Ini semua tak logik (lawak ke der)
 

Jadi tiada isu di sini. Saya sendiri pernah tukar duit Iraq di salah sebuah negara Arab. Tukar daripada note 5000 ke 1000. Tak perlunya cop jari. Change and carry. Takdenya kena cop jari. Jadi hati-hatilah dengan kenyataan yang tak munasabah. Isu note baru, itu taktik penjual nak lakukan note-note kecil diorang (jangan tertipu). Note kecil adalah projek bekas Gabenor yang kena pecat dahulu, Shabibi. Kalau tukar note sekalipun. Kami akan tukarkan untuk semua pelanggan kami (usah risau kerana tiada lagi isu note kecil sebenarnya).

Kesimpulannya, setiap pembeliaan ada risikonya. Cuma kena pandai cari orang yang bertanggungjawab dan ada akal yang waras. Usah khuatir kerana bank negara pun ada simpan matawang untuk rizab negara kita. Cuma kena beli dengan orang yang betul dan terikat dengan undang-undang (yakni warganegara Malaysia dan bukannya warganegara asing (terutamanya orang Singapore) yang bila-bila masa boleh cabut lari). Manakala barangannya (iaitu IQD) pun bukanlah yang diseludup atau palsu.

Jangan beli macam beli ikan di pasar atau main dana mengarut sudahlah. Ingat, rambut sama-sama hitam, nawaitu lain-lain... 

Chapter Seven @ C7, Semakin Hampir Untuk Digugurkan Daripada Iraq



Utusan Malaysia dalam ruangan luar negara hari ini telah memaparkan berita berkenaan dengan Iraq Airways, syarikat penerbangan Iraq yang telah menerima sebuah pesawat baru Boeing 777 untuk tujuan penerbangan mereka yang akan dimulakan tidak lama lagi.“ Menurut penasihat Kementerian Pengangkutan Iraq, Karim al-Nuri berkata bahawa sebuah pesawat Boeing yang tiba hari ini adalah salah satu daripada 30 buah pesawat yang telah ditempah oleh syarikat penerbangan Iraq itu.

Petanda jelas bahawa Chapter Seven atau C7 sedang hampir untuk digugurkan daripada Iraq. Kerana salah satu syarat C7 pada tahun 2003 lalu ialah, Iraq tidak boleh memiliki kapal terbang penumpang sendiri kerana dibimbangi akan memberi ancaman kepada negara jiran terutamanya dengan Kuwait. Tapi hari ini, jelas syarikat penerbangan Iraq telah mendapat lampu hijau untuk memulakan penerbangan balik. Ini menunjukan bahawa Iraq semakin hampir untuk dibebaskan daripada C7. Berita yang amat menggembirakan kita ketika ini.

Bahkan dalam lawatan Setiausaha Agong PBB, Ban Ki Mon ke Iraq dan Kuwait baru-baru ini, beliau telah nyatakan kata putus untuk gugurkan Iraq daripada C7. Perdana Menteri Kuwait sendiri, Jaber Al-Mubarak Al-Hamad Al-Sabah berkata bahawa kerajaan beliau bersedia untuk membantu Iraq daripada Chapter Seven pada bila-bila masa sahaja dari sekarang. C7, hanya satu langkah lagi untuk Iraq leraikan daripada sekatan ini. 

Mereka tengah agresif untuk naikkan nilai matawang mereka. Ahli Majlis Peningkatan Ekonomi & Pelaburan Iraq, Ibrahim Al-Rikabi yang menyatakan bahawa Iraq sedang dalam proses agresif untuk seimbangan dagangan tukaran matawang asing mereka untuk meningkatkan nilai IQD (RV) dalam masa terdekat. Mereka sasarkan permintaan sebanyak 116.2 Juta IQD setiap minggu untuk seimbang dagangan tukaran matawang mereka. Begitu juga dengan kenyataan bahawa Bajet mereka perlu ditambah dalam masa terdekat. Walaupun  bajet Iraq 2013 yang mempunyai jumlah belanjawan sebanyak 527 Bilion USD adalah merupakan bajet paling besar dalam sejarah Iraq, ianya tidak cukup dan perlu ditambah lagi untuk penuhi kebajikan kepada rakyat mereka. Jadi mereka kena segera mendapatkan wang segera..iaitu melalui kenaikan IQD itu sendiri. 

RV sudah semakin hampir. Ditambah dengan ramalan Agensi Tenaga Antarabangsa (The International Energy Agency atau IEA) bahawa Iraq akan menghasilkan lebih banyak minyak pada tahun-tahun depan, dengan anggaran sehingga 4.4 bilion tong sehari menjelang tahun 2020 dan ini menunjukkan bahawa mereka adalah negara kaya raya, dan mampu untuk menjadi kuasa ekonomi dunia dalam masa terdekat (bayangkan kalau harga 1 tong minyak sahaja dalam 100 usd, 4.4 bilion?? Kira-kira RM 132 bilion duit kita dapat dikutip Iraq melalui hasil minyak jika dikira 1 usd bersamaan rm 3.00).

Memang dah tak lama. Paling lama mungkin Mac tahun hadapan. Tapi paling banyak analisis menyatakan Januari ini. Ada juga banyak menyebut Disember ini. Begitu juga
da khabar tak rasmi menyatakan IQD akan diapungkan esok. Apapun kita teruskan berdoa kerana kemungkinan ada harapan untuk kita semua. Kerana apa yang saya boleh katakan, informer saya dari Iraq seringkali menyebut " RV is coming". Memang dah tak lama dah

Cuma ada yang marah, hina dan caci saya terutama penjual apabila saya menyebut soal penukaran selepas RV. Apa yang nak ditakutkan kalau kita bawa masuk IQD secara sah, tak perlulah hina orang macam kita ni beragama lain. Kita semua ada agama. Apa yang saya sebutkan itulah adalah realiti undang-undang. Pergilah tanya kastam atau Bank Negara kalau tidak percaya. Setiap duit yang dibawa masuk ke Malaysia atau keluar dari Malaysia dalam bentuk  wang tunai atau wang dalam bentuk traveller’s cheque, banker’s draft, bearer cheque, bills of exchange, promissory notes, postal order atau money order yang melebihi jumlah bersamaan dengan USD10,000.00 atau RM 30,000 adalah WAJIB membuat pengisytiharan dalam borang Kastam No. 22. Ianya termaktub dalam Seksyen 24 dan 25  Akta Pengubahan Wang Haram Dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 – AMLATFA). 

Diulangi dalam RM 30,000 kena declare. Kalau dah RV nanti, duit untuk tukar mestilah melebihi nilai itu.  Bayangkan kalau kita ada 1 juta Dinar Iraq, kalau naik dalam 0.30 usd pun, kena bawa keluar dalam bentuk nilai sebanyak  rm 900,000. Memang akan kena tahan dengan kastam. Mereka berhak soal tentang itu nanti. Kalau kita gagal untuk isytihar atau membuat pengisytiharan palsu, kita akan didenda tidak melebihi RM1,000,000.00(Ringgit Malaysia Satu Juta);atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun; atau kedua-duanya;atau dikompaun dengan denda tidak melebihi RM500,000.00. Bahkan wang tunai itu boleh disita dan dilucutkan. Ini boleh lihat dalam  Akta Pengubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.



Ini yang saya kata kena daftar dan ada rekod dengan pihak kastam. Bagaimana kalau tukar dengan pihak Pengurup Wang. Memang boleh tapi syarat yang amat ketat. Tukaran matawang asing dalam nilai RM 20,000 pun kena beri salinan kad pengenalan atau pasport. Kerana untuk diinkuri sekiranya melebihi nilai termasuk. Itu belum masuk soal cukai pendapatan dan lain-lain. Bank akan tanya semua itu sekiranya no sirinya tiada rekod melalui database dari Bank Negara Malaysia melibatkan kemasukan matawang asing. Kalaulah kita tiada semua itu, sah-sah duit itu akan dirampas dan disita nanti. Ini yang kesiannya kepada kita. Yang untung adalah penjual. Yang rugi bangsa kita juga.

Sebenarnya isu ini dah lama saya ketahui dan memang wajib kena declare dengan pihak kastam. Saya sendiri membawanya masuk melalui syarikat berdaftar dan jv dengan pengurup wang antarabangsa dan bayar cukai kastam. Sebab kita bawa masuk secara sah, kerana untuk jangka masa panjang. Untuk bawa keluar nanti dalam jumlah jutaan ringgit.

Satu lagi sebab rv dah semakin hampir. Saya cuma beritahu perkara sebenarnya. Rugi kalau dah lama tunggu tapi bila rv, duit yang kita pegang ini diperolehi daripada pihak ke'tiga' yang bawa masuk secara seludup, atau pakai kurier antarabangsa dengan declarenya bukan matawang. Apapun semoga kita usahakan ini, berakhir dengan kejayaan dan rezeki yang baik. Teruskan berdoa dan bertawakal. Semoga harapan yang baik buat kita semua. Mudah-mudahan

Pertumbuhan Ekonomi Iraq No. 1 Di Dunia


Iraq merupakan negara paling pesat pertumbuhan ekonominya di muka bumi. Inilah yang dilaporkan oleh The Wall Street journal dalam satu kenayatan bahawa antara semua negara di dunia yang diunjurkan oleh mereka, Iraq merupakan satu-satunya negara yang akan mencapai pertumbuhan ekonomi sebanyak 2 angka pada tahun ini. Dengan mencatatkan peningkatan kepada 10.5 % pada tahun ini. 

Berbanding dengan China, yang hanya mencatatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.7 %. Negara kita pula, hanya diunjurkan pada paras 4.5 peratus sahaja. Kenapa KDNK penting untuk mengukur pertumbuhan ekonomi? Jawapan adalah mudah. KDNK adalah item ekonomi makro yang amat penting untuk mengukur pertumbuhan ekonomi sesebuah negara di dunia ini. Ianya selari dengan pertumbuhan pendapatan negara, dan juga peningkatan kepada hasil serta kadar tukaran matawang itu sendiri. Jika KDNK meningkat, ia mencerminkan peningkatan ekonomi sesebuah negara itu. Jika ia menurun, maka ia akan menunjukkan bahawa ekonomi negara itu jatuh dan merudum. Sebab itulah mana-mana kerajaan di dunia, akan berusaha untuk naikkan KDNK mereka. Kalau tak, tentu teruk mereka akan dipersalahkan oleh rakyat dan mungkin akan kalah dalam pilihanraya. Tengok contoh di Greece dan Jepun, pemimpin bertukar jika KDNK negara mereka jatuh.

Tetapi di Iraq, KDNK mereka meningkat dan paling pesat di muka bumi. Sebab itulah ada bancian menunjukkan bahawa sokongan rakyat kepada meningkat kepada 87 peratus berbanding 71 peratus tahun lalu. Ini semua petanda bahawa ekonomi Iraq sedang bergerak untuk pulih sepenuhnya dan berkembang pesat menyaingi China dan kuasa besar ekonomi dunia lain. 

Tapi malangnya kadar pertukaran matawang mereka masih rendah. Lebih rendah daripada Yuan China, lebih rendah daripada ringgit Malaysia. Walaupun kadar KDNK mereka mencatatkan pertumbuhan dua angka dan paling tinggi di muka bumi. Ini adalah kerana faktor sekatan Majlis Keselamatan PBB yang masih belum dirungkai sehingga sekarang. Semua 5 negara anggota veto dalam Majlis Keselamatan..US, Perancis, China, Russia dan Britain menyatakan sokongan terbuka untuk gugurkan sekatan ini. Walaupun ada berita menyatakan bahawa US dan Britain sengaja lambatkan proses pelepasan C7 ini, tetapi ia sebenarnya bergantung penuh kepada penyelesaian dengan Kuwait,  yang terlibat langsung dengan sekatan ini. Mereka masih dalam proses penyelesaian isu-isu tertunggak antara mereka.

Banyak isu seperti isu pampasan dan sempadan telah diselesaikan secara mutlak. Bahkan Kuwait telah menandatangani MOU dengan Iraq, untuk melabur di Iraq. Kalau masih dalam mood perang, takkanlah Kuwait berani nak melabur di Iraq. Juga dalam bidang sukan, Iraq boleh bertandang ke Kuwait City, ibukota Kuwait untuk perlawanan akhir Piala Kelab AFC baru-baru ini, yang jelas mencerminkan kerjasama rapat mereka dalam semua bidang. Jadi tunggu lampu hijau sahaja untuk gugurkan Iraq daripada C7. Dan seterusnya menghadirkan berita gembira kepada kita semua, insyaALLAH.

Setiausaha Agong PBB, Ban Ki Mon akan buat kunjungan rasmi ke Iraq dalam masa terdekat. Duta PBB, Gennady Tarasov dalam satu kenyataan di media menyatakan akan membawa isu hubungan Kuwait –Iraq ke mesyuarat Majlis Keselamatan dalam masa terdekat. Kita nantikan yang terbaik buat kita semua. Apa yang pasti, forum-forum di US sedang panas membincangkan soal IQD. Hujah dan pendapat ekonomi mereka, memang terbaik dan bukannya rekaan semata-mata. Mereka juga menunggu seperti kita. Kalau mereka yang banyak melahirkan ramai bilionair di dunia dan bijak ekonomi turut menyimpan IQD, apalah dibandingkan dengan kita. Mereka tahu rahsia ini. Dan syukur yang kita juga seperti mereka. Menunggu untuk kaya dan berjaya macam mereka semua..

*      Bolasepak Malaysia perlu contohi negara Iraq untuk berjaya. Iraq pernah belasah Singapura 7-1 dalam kelayakan Piala Dunia lepas. Sedangkan semalam, pasukan kita teruk dibelasah pasukan Singapura. Malaysia sudah kena berubah untuk berjaya dalam semua bidang. Iraq pernah menjadi juara Piala Asia pada tahun 2008 serta tempat ke-4 sukan Olimpik 2004. Dan sekarang menduduki tempat kedua di belakang Jepun dan berkongsi mata dengan Australia, dalam kelayakan Piala Dunia Brazil 2014. Jika mereka menduduki tempat ke-2, mereka sudah pasti layak secara automatik ke Brazil. Itu soal sukan bolasepak, mereka sudah lama mengatasi kita. Mungkin satu hari nanti, ekonomi kita juga akan diatasi oleh Iraq. Ianya tak mustahil untuk dilakukan…

Jenis Matawang Bukanlah Satu Isu Yang Besar

Bismillahirahmanirrahim. Dengan kalimah mulia, saya mulakan tulisan terbaru ini di entri blog ini. Rasanya dah lama tak menulis di blog ini. Saya kebiasaannya update di group facebook saya. Juga memberitahu perkembangan semasa mengenai IQD terus direct kepada pelanggan dinar saya. Memang ketika ini, hangat juga isu diperdebatkan dengan matawang Iraq ini. Mungkin dah kata nak cecah 10 tahun selepas kejatuhan IQD, masih lagi tak Nampak bayangannya untuk RV.

Memang sebenarnya bayang-bayang sudah nampak. Cuma kewujudan sebenarnya masih belum ada lagi. Tengok forum US, memang banyak tarikh-tarikh tak rasmi diberikan. Apapun apa yang kita simpan ini, adalah amat bernilai sekali. Sehinggakan ada ura-ura bahawa Iraq ingin menyekat keluar masuk matawang mereka. Mungkin mereka dah tahu tarikh RV dah dekat, wallahua’lam.

Tetapi tengok dari sudut perkembangan ekonomi dan situasi semasa di sana, amatlah positif. Sekarang ini Gabenor Bank Negara Iraq, Dr Sinan Shabibi ada di Tokyo, untuk menghadiri persidangan Pertubuhan Kewangan Antarabangsa, IMF.

Aktiviti ekonomi di Iraq pula ketika sedang rancak membangun yang menyaksikan banyak MOU ditandatangani melibatkan berbilion-bilion dollar. Ianya tak menghairankan apabila Iraq membeli 20 buah jet pejuang berharga 1 bilion USD kerana mereka adalah negara yang kaya dengan sumber ekonomi. Jelas daripada situasi hari ini, Iraq bolehlah dikelaskan sebagai sebuah Negara yang membangun, dan bakal maju tak lama lagi sepertimana Negara-negara jiran mereka seperti Kuwait, Qatar, UAE dan Bahrain.


Cuma isu buang 3 kosong agak menggusarkan kita semua. Apa yang boleh saya katakan, bahawa isu itu sebenarnya boleh berikan kita keuntungan yang ditungu-tunggu atau tidak memberikan kesan kepada kita semua. Kalau Iraq buang 3 kosong daripada nilai kadar tukaran matawang mereka, bermakna 1 dinar bersamaan 1 usd, atau 3.06 duit kita. Seperti jangkaan ramai pihak yang kadar pertukaran matawang adalah berdasarkan equal rate, one per one. Jika ini berlaku, maka Alhamdulillah. Matawang Iraq dah boleh ditukar dengan nilai yang tinggi (RV). 

Jika buang 3 kosong daripada note mereka, ianya tak berikan apa-apa kesan kepada kita. Proses redoniminasi ini akan berjalan seperti biasa dan kita diberikan tempoh untuk menukarnya tanpa ada sebarang susutnilai. Maknanya kalau ditukar 25,000 kepada 25, maka kita akan dapaat 1000 keping note 25 (kalaulah ia RD). Apapun sebenarnya, note besar tiada masalah untuk bagi sesebuah negara. Bahkan ada negara yang memiliki note 10,000 paling besar, tetapi kadar tukarannya lebih tinggi daripada kadar tukaran matawang kita. Kalau tak percaya, cuba pergi ke Brunei, note 10,000 ada di sana. Dan duit mereka 2 kali ganda lebih mahal daripada duit kita. Jadi tiada masalah note besar sebenarnya, yang jadi isu adalah kadar pertukaran matawang itu sendiri.

 
Secara perbandingan, saya ada buat kajian tentang semua matawang di dunia ini. Ada 11 negara menggunakan matawang note 5000 paling besar, 15 negara menggunakan note 10,000 paling besar, 2 negara menggunakan note 20,000 sebagai matawang mereka paling besar dan 2 buah negara menggunakan note 25,000 paling besar, termasuk Iraq sendiri. Paraguay dan Iran pula menggunakan note 50,000 paling besar dan Indonsia menggunakan note 100,000 paling besar. Vietnam Dong merupakan note paling besar di dunia, iaitu note 500,000.

Iraq sebelum ini di zaman Saddam Hussein, menggunakan note 10,000 paling besar. (gambar di bawah). Nilainya adalah 1 dinar bersamaan 3.22 USD atau 10,000 IQD, bersamaan dengan 32,200 USD. Macam brunei ketika ini, duit 10,000 Brunei Dollar mereka bersamaan dengan 8,058.02 USD Dollar atau RM24,683 duit kita. Bayangkan kalau orang Brunei datang ke Malaysia. Bawa 2 keping 10,000 (RM 24,683 x 2: RM 49,366) duit mereka pun dah boleh beli kereta perodua VIVA sebuah. Jadi note besar bukanlah isu sebenarnya. Yang jadi masalah adalah kadar pertukaran matawang itu sendiri. 



Tengok Surinam, negara kepulauan pasifik. Matawang paling besar di sana adalah 25,000 Suriname Dollar. Tetapi kadar pertukaran negara mereka adalah lebih tinggi daripada negara Iraq. 1 Suriname dollar bersamaan dengan 0.30303 USD. Atau kalau sekeping note 25 k Suriname, bersamaan dengan 7,575.76 USD atau RM 23,127.5 duit kita. Bayangkan 25 k sekeping Suriname, boleh tukar dengan dua uluh tiga ribu ringgit duit kita. Bagaimana kalau IQD pula, kalaulah ianya naik 1 usd, tak terkiralah jawabnya. Tidur dibawah duitlah nampaknya..


Jadi apa lagi nak disangsikan dengan IQD. Matawang bagi sebuah negara pengeluar minyak kedua terbesar dunia, juga merupakan negara penyimpan gas terbesar di dunia. Lambat laun akan naik juga. Dibandingkan dengan Surinam, sebuah kepulauan pasifik yang kecil dan tiada minyak, kadar tukaran mereka jauh lebih tinggi daripada Iraq. Jadi apa yang saya boleh katakan, masa untuk IQD naik dah tak lama. Tunggu bila-bila masa sahaja dari sekarang. Moga-moga doa dan tawakal kita, dipermudahkan dan dipercepatkanNya, insyaALLAH..

*Ada banyak lagi negara yang memiliki note besar, tetapi nilai kadar tukarannya jauh lebih tinggi daripada nilai matawang Iraq. Saya akan ulas dalam entri akan datang, insyaALLAH.

Harga Promosi

Ringgit (RM)

50,000.00 IQD - (50K) - 25K Notes * 2 Pcs

200 RM+ Free gift note 1k

100,000.00 IQD - (100K) - 25K Notes * 4 Pcs

380 RM+ Free gift note 1k

200,000.00 IQD - (200K) - 25K Notes * 8 Pcs

770 RM + Free gift note 1k +

250,000.00 IQD - (250K) - 25K Notes * 10 Pcs

900 RM + Free gift note 1k+ Lampu uv

300,000.00 IQD - (300K) - 25K Notes * 12 Pcs

1080 RM+ Free gift small note+ Lampu uv

500,000.00 IQD - (500K) - 25K Notes * 20 Pcs

1590 RM+ Free gift small note

1,000,000.00 IQD - (1 Mil) - 25K Notes * 40 Pcs

3140 RM+ Free gift small note+ Lampu uv

2,000,000.00 IQD - (2 Mil) - 25K Notes * 80 Pcs

6280 RM+ Free gift small note+ Lampu uv

Popular Posts

BTricks